• Limpahan kasih sayang.
  • Inilah yang dinamakan bahagia....
  • Akan hadir kebahagiaan

Isnin, 1 Julai 2013

TANJUNG PIAI.PENGELIH

Penghujung selatan Tanah Besar Asia-Tanjung Piai / Johor

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia.

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia]' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.
Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.