• Limpahan kasih sayang.
  • Inilah yang dinamakan bahagia....
  • Akan hadir kebahagiaan

Ahad, 27 Oktober 2013

TELOK MAHKOTA (JASON BAY) 26/10/2013 - CHELA DENGAN AYAH

Depan Resort Telok Mahkota.Bergambar dengan kucing kesayangan Chela
Pantai Telok Mahkota yang cantik
Kemudahan awam di Telok Mahkota

Sedili - Jason Bay @ Telok Mahkota, Johor

Dari Mersing terus ke Sedili... Melalui Pekan Jemaluang dan kemudian ke persimpangan kampung Mawai untuk menuju ke Sedili.

Pekan Tanjung Sedili dah tak semeriah dulu-dulu tak ramai orang kerana dah tak ada lagi bot penambang untuk menyeberang Sungai, sungainya pun walaupun cantik hijau dan luas kerana terletak di Muara tak banyak bot atau perahu seperti 30-40 tahun dulu.

Lebihkurang 40tahun dulu pernah naik bot penambang menyeberang ke Sedili Besar, dapat lihat buaya ditengah Sungai dengan mulut ternganga luas.

Identiti Tanjung Lembu pun dah hilang, kerana tak ada lagi lembu berkeliaran.... Sedili dah maju....

Minyak dah kekurangan, tawakal teruskan perjalanan mana tahu jumpa stesen minyak, kali ini melalui jalan arah Sedili Kecil.

Singgah sebentar di Jason Bay kini dikenali sebagai Telok Mahkota. Masa kecil disinilah tempat kami sekeluarga berkelah. Dulu tempat ini meriah dengan pengunjung, masa tu Desaru pun tak wujud lagi. Dulu tempat ini tidak terjaga, penuh dengan tahi lembu, sekarang dah di jaga rapi dan terdapat chalet di Jason Bay Resort.