Fatin Shakila Sazali |
Khamis, 7 Ogos 2014
Rabu, 6 Ogos 2014
Sabtu, 2 Ogos 2014
Isnin, 4 November 2013
TAMAN BUAYA TELUK SENGAT-JOHOR
Jika anda teringin melihat pelbagai jenis buaya yang begitu banyak bilangannya iaitu melebihi 1000 ekor, bolehlah datang ke Taman Buaya Terbesar di Semenanjung Malaysia yang terletak di Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor. Kehadiran anda ke sini pasti memberikan satu kenangan yang paling menarik buat anda dan keluarga anda. |
Ahad, 27 Oktober 2013
TELOK MAHKOTA (JASON BAY) 26/10/2013 - CHELA DENGAN AYAH
Depan Resort Telok Mahkota.Bergambar dengan kucing kesayangan Chela |
Pantai Telok Mahkota yang cantik |
Kemudahan awam di Telok Mahkota |
Sedili - Jason Bay @ Telok Mahkota, Johor
Pekan Tanjung Sedili dah tak semeriah dulu-dulu tak ramai orang kerana dah tak ada lagi bot penambang untuk menyeberang Sungai, sungainya pun walaupun cantik hijau dan luas kerana terletak di Muara tak banyak bot atau perahu seperti 30-40 tahun dulu.
Lebihkurang 40tahun dulu pernah naik bot penambang menyeberang ke Sedili Besar, dapat lihat buaya ditengah Sungai dengan mulut ternganga luas.
Identiti Tanjung Lembu pun dah hilang, kerana tak ada lagi lembu berkeliaran.... Sedili dah maju....
Minyak dah kekurangan, tawakal teruskan perjalanan mana tahu jumpa stesen minyak, kali ini melalui jalan arah Sedili Kecil.
Singgah sebentar di Jason Bay kini dikenali sebagai Telok Mahkota. Masa kecil disinilah tempat kami sekeluarga berkelah. Dulu tempat ini meriah dengan pengunjung, masa tu Desaru pun tak wujud lagi. Dulu tempat ini tidak terjaga, penuh dengan tahi lembu, sekarang dah di jaga rapi dan terdapat chalet di Jason Bay Resort.
Selasa, 22 Oktober 2013
AIR TERJUN KOTA TINGGI-FATIN SHAKILA SAZALI 20-10-2013
Air Terjun Kota Tinggi
Keindahan Air Terjun Kota Tinggi - Airnya sejuk...macam air batu. |
yeeeeee Chela dah dapat pelekat untuk masuk dan mandi di Air Terjun |
eindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan, dan memberikan ketenangan kepada penduduk bandar. Air sungai yang dingin juga menjadi tempat yang sesuai untuk berenang, juga tempat yang bagus untuk berkelah.
Ia merupakan tempat yang hebat bagi pencinta alam yang selalu memerhatikan burung, dan pelbagai serangga di sekitar kawasan ini. Bagi mereka yang mahu bermalam di sini, mereka boleh memilih untuk menginap di Kota Tinggi Waterfalls Resort. Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Ia melata ke bawah dengan jarak kira-kira 34 meter dari gunung.
Keindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan, dan memberikan ketenangan kepada penduduk bandar. Air sungai yang dingin juga menjadi tempat yang sesuai untuk berenang, juga tempat yang bagus untuk berkelah.
Ia merupakan tempat yang hebat bagi pencinta alam yang selalu memerhatikan burung, dan pelbagai serangga di sekitar kawasan ini. Bagi mereka yang mahu bermalam di sini, mereka boleh memilih untuk menginap di Kota Tinggi Waterfalls Resort.
Langgan:
Catatan (Atom)